Membeli di Bazaraya.com

Assalamualaikum,

Berikut ditunjukkan cara-cara untuk melayari dan membuat pembelian secara online di Bazaraya.com

1. Klik kategori pilihan produk yang anda ingin lihat.

2. Bagi produk yang mempunyai saiz, sila gunakan Product Filters bagi memudahkan anda melihat hanya saiz yang diinginkan.

3. Add to cart item yang anda inginkan, buat pilihan saiz. Atau klik pada gambar untuk lebih maklumat dan gambar lebih besar.

4. Product view. Anda boleh dapat maklumat tentang produk dan letakkan mouse pada gambar untuk melihat lebih dekat. Buat pilihan saiz dan Add to cart sekiranya berminat.

5. Setelah anda Add to cart semua item yang anda mahu, sila ke bahagian Shopping Cart sekiranya anda ingin menyemak barang yang telah anda pilih, dan mendapatkan harga total termasuk kos pos. Anda juga perlu klik Shopping Cart sekiranya ingin menggunakan reward points yang telah dikumpul, menggunakan coupon code atau gift voucher.

Anda boleh terus klik Checkout sekiranya tidak perlu menyemak kos pos terlebih dahulu, atau tidak perlu menggunakan reward points, coupon code atau gift voucher. Maklumat harga dan kos pos akan ditunjukkan sebelum anda confirm order.

6. Klik estimate shipping untuk menyemak kos pos, sekiranya perlu.

7. Pilihan jenis pos. Juga terdapat pilihan ini semasa anda checkout, sekiranya anda skip shopping cart dan terus ke checkout.

8. Dalam shopping cart, anda boleh membuat pembetulan seperti mengeluarkan barang dari pilihan, menambah kuantiti, menggunakan reward points, coupon code atau gift voucher. Jumlah harga yang anda perlu bayar termasuk kos pos, dan ditolak diskaun, reward points, coupon code, gift voucher yang anda gunakan (sekiranya ada) akan dipaparkan di sini.

9. Anda boleh skip 5-8 dan terus Checkout sekiranya sudah pasti dan tidak perlu menggunakan reward points, coupon code atau gift voucher.

Sekiranya anda sudah ada akaun, sila Login dan akan terus ke Step 2: Checkout (no. 12)

10. Sekiranya belum ada akaun, sila daftarkan diri dengan mengisi maklumat yang diminta.

11. Sila semak e-mail anda setelah membuat pendaftaran akaun bagi mengesahkan alamat e-mail yang anda diberikan adalah betul. Sila semak ruangan spam sekiranya tiada di inbox.

12. Ikuti step proses checkout, buat pilihan bila diminta.

13. Step 5: Checkout. Sila buat pilihan bank di mana bayaran akan dibuat.

14. Akhir sekali, semua maklumat barang dan harga akan dipaparkan. Setelah berpuas hati, sila klik Confirm Order bagi menghantar order kepada kami. Anda akan menerima e-mail dari kami "Order confirmation". Sila semak e-mail anda, terdapat maklumat cara bayaran yang telah anda pilih. Sila buat bayaran dan reply e-mail tersebut bagi memaklumkan kepada kami bahawa bayaran telah dibuat.

Order yang tidak dibayar selepas 24 jam akan dibatalkan. Sila order hanya bila anda sudah bersedia membuat bayaran dalam masa 24 jam.

15. Anda akan menerima e-mail mengenai status order anda, seperti Cancelled (sekiranya tidak membuat bayaran dalam masa yang diberikan), Payment Received (setelah bayaran diterima oleh kami), dan Shipped (bila barang telah diposkan, termasuk tracking no. akan diberikan)