Baju Melayu

Baju Melayu terdapat 2 jenis potongan leher iaitu leher tinggi atau dipanggil cekak musang, dan leher seperti baju kurung, juga dipanggil leher johor atau teluk belanga. Baju Melayu juga dipanggil baju kurung lelaki di sesetengah tempat.

Kami menyediakan baju melayu plain atau tidak bercorak dari kain Pearl Skin yang selesa di pakai oleh semua peringkat usia.

Baju Melayu terdapat dari saiz 0, s, m, l untuk kategori baby. Nombor saiz tidak mewakili usia. Oleh itu, saiz 0 bukan untuk baby baru lahir. Biasanya sesuai untuk bayi yang lebih 6 bulan, bergantung kepada saiz bayi. Sila rujuk ukuran bagi menentukan kesesuaian saiz.

Baju Melayu kanak-kanak dan remaja terdapat dari saiz 1 hingga 9. Sekali lagi saiz tidak merujuk kepada umur atau tahun murid sekolah. Sila rujuk ukuran yang diberikan bagi menentukan kesesuaian saiz.

Baju Melayu dewasa pula terdapat dalam saiz S, M, L dan XL.


Bagi mereka yang berminat untuk membeli secara borong, sila berhubung dengan kami melalui Contact. Tempahan borong diterima sehingga 31 Mei 2014 sahaja.